Monday 16 January 2012


Permainan Tradisional
          Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisional sejak dahulu lagi. Antaranya ialah permainan wau, gasing, congkak, wayang kulit, dan sebagainya.
          Permainan tradisional yang popular di negeri Kelantan ialah wau. Wau dibuat daripada bilah-bilah buluh kecil yang telah diraut sehingga licin. Kemudian, bilah-bilah buluh itu dilentur untuk dijadikan rangka wau. Kertas warna yang telah siap dicorak akan dilekatkan pada rangka wau tersebut. Benang diikat pada rangka wau untuk menjadi teraju. Biasanya, wau akan dimainkan selepas musim menuai padi.
          Pertandingan wau diadakan di kawasan lapang dan rata. Wau yang mempunyai reka bentuk tercantik dan naik tinggi adalah dikira menang.
          Gasing dibuat daripada kayu keras yang terdapat di negara kita. Kayu meranti adalah yang paling digemari. Gasing dibuat bukan sahaja untuk berpusing dengan ligat, tetapi juga untuk kelihatan cantik.
          Pada masa sekarang, permainan ini diminati di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Permainan gasing biasanya dimainkan pada masa lapang.
          Congkak biasanya dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini memerlukan kepingan kayu yang mempunyai dua lubang besar dan empat belas lubang kecil. Lubang besar sebagai tempat mengira bilangan buah selepas tamat permainan. Permainan congkak memerlukan dua pemain sahaja.
          Permainan wayang kulit didapati di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, dan Perlis. Wayang kulit biasanya dimainkan bersempena dengan musim menuai padi. Wayang kulit dimainkan di atas sebuah pentas yang dihadangi dengan tirai yang berwarna putih.
          Orang yang penting dalam pertunjukan wayang kulit ialah Tok Dalang. Tok Dalang memegang peranan serentak sebagai pelakon, pencerita, pengarah, dan pelawak.
          Kita wajarlah memelihara permainan tradisional supaya unsur kesenian tempatan tidak akan luput dan tidak pupus ditelan zaman.

1.     Nyatakan permainan tradisional yang terkenal sejak dahulu lagi.
      
2.     Permainan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan ialah …………..
      
3.     Bilakah wau dan wayang kulit dimainkan?
      
4.     Namakan permainan tradisional yang dimainkan pada waktu lapang.
      
5.     Siapakah orang yang penting dalam pertunjukan wayang kulit?
      
6.     Mengapakah kita mesti memelihara permainan tradisional?
      

Wau
          Wau amat terkenal dalam kalangan orang Melayu terutama masyarakat Melayu Kelantan. Wau dimainkan pada waktu lapang, iaitu selepas musim menuai. Wau mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Seseorang pembuat wau perlu ada daya cipta yang tinggi. Ini perlu supaya dia dapat menghasilkan sebuah wau yang cantik dan unik bentuknya.
          Wau dibuat daripada buluh. Buluh itu akan diraut hingga halus. Bilah buluh yang halus inilah yang akan dijadikan rangka wau itu. Kemudian, kertas warna akan dilekatkan pada rangka wau itu. Corak-corak yang menarik akan diukir di atas kertas warna itu.
          Wau yang dibuat terdiri daripada pelbagai bentuk. Wau yang terkenal ialah wau bulan. Ia digelar begitu kerana bentuk ekornya yang sama dengan bentuk bulan sabit.

Jawab soalan-soalan ini.

1.     Di manakah wau amat terkenal?

2.     Bilakah wau akan dimainkan?

3.     Mengapakah seseorang pembuat wau perlu ada daya cipta yang           
        tinggi?

4.     Apakah gunanya bilah buluh yang telah diraut hingga halus itu?

5.     Nyatakan tujuan wau dimainkan.







Susun maklumat mengikut urutan.




Bermain layang-layang.


Menyediakan peralatan membuat layang-layang.


Bermain layang-layang di tempat yang sesuai.


Membuat layang-layang.



No comments:

Post a Comment