Monday 16 January 2012

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Permainan wau juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding. Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah .
Biasanya , permainan-permainan tradisional memiliki nilai positif, misalnya anak menjadi banyak bergerak sehingga terhindar dari masalah obesitas anak. Sosialisasi mereka dengan orang lain akan semakin baik karena dalam permainan dimainkan oleh minimal 2 anak. Selain itu, dalam permainan berkelompok mereka juga harus menentukan strategi, berkomunikasi dan bekerja sama dengan anggota lain.
Kendalanya adalah terbatasnya lapangan di kota-kota besar, sementara banyak permainan yang memerlukan arena yang luas. Kendala besar lainnya adalah kerana larangan dari orang tua. Mereka takut anak-anak mereka terluka, kotor atau kulit anak menjadi terbakar kerana bermain di lapangan terbuka. Hasilnya, banyak orang tua yang memberikan mainan elektronik yang disukai anak. Padahal permainan ini cenderung membuat anak sulit bersosialisasi sehingga anak menjadi pemalu, penyendiri dan individualistis. Juga makin banyak anak menjadi obesitas kerana kurang bergerak.
Selain itu , memberi kebebasan secara seimbang untuk anak bermain bersama teman-temannya dapat memberikan nilai positif. Bermain dapat menjadi sarana belajar dan mengembangkan nilai EQ pada anak. Tetapi, tentu saja harus dalam pengawasan dan memberi batasan waktu yang jelas agar tidak semua waktu digunakan untuk bermain.
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan
tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian,
permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan
peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek
moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita
mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
 Belakangan ini, isu permainan tradisional semakin terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda bukanlah perkara baru atau sensasi dalam hidup kita. Negara Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya terutamanya permainan tradisional sejak awal lagi. Permainan tradisional amatlah digemari oleh masyarakat lampau yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai dan budaya tempatan. Namun, permainan tradisional telah semakin dilupai sejurus dengan perkembangan sains dan teknologi.

 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan permainan tradisional kurang diminati dalam kalangan masyarakat tempatan. Negara barat yang maju memperluas permainan yang canggih, menarik, istimewa dan penuh cabaran berbanding dengan permainan tradisional. Tambahan pula, permainan canggih ini disebarkan secara meluas melalui media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Biar kita ambil contoh yang paling ketara iaitu permainan komputer, “play station 2”, playstation 3” “Gameboy advance”, “Xbox 360” telah melambak di pasaran tempatan dengan begitu pesat. Tambahan pula, dengan perkembangan perkhidmatan Internet, maka munculnya permainan “on-line” yang juga menjadi kegemaran ramai. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa pengaruh budaya barat memang banyak mempengaruhi permainan tradisional di Malaysia.
   
 Di samping itu, permainan tradisional yang kurang disebarkan atau tidak mendapat liputan yang meluas juga merupakan salah satu faktornya. Permainan-permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak, batu seremban, galah panjang, dan juga ting-ting hanya dimainkan dalam generasi tua atau penduduk di kawasan pedalaman. Permainan layang-layang atau wau pula hanya dimainkan sempena perayaan tertentu semata-mata untuk pertunjukan sahaja. Selain itu, generasi muda sekarang tidak berminat dalam permainan tradisional disebabkan kekurangan kesabaran. Permainan tradisional memerlukan kesabaran, ketelitian dan pemikiran yang tinggi lagi tangkas. Sikap-sikap remaja sekarang yang kononnya ingin mengikut perkembangan semasa atau trend-trend maju juga antara faktornya. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap rakyat sendiri dan juga kekurangan inisiatif untuk menyebarkan permainan tradisional menyebabkan permainan tradisional semakin terpinggir.
  
Oleh itu, pelbagai langkah harus dilaksanakan supaya permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun dan amat berharga ini tidak disingkirkan oleh komuniti yang moden sekarang. Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Pertama sekali kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyelamatkan permainan tradisional kita. Pendedahan kepada budaya dan warisan permainan tradisional haruslah dilakukan sejak di bangku sekolah lagi. Teori-teori dan asal-usul permainan tradisional harus diajar kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh,kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional secara besar-besaran untuk mendorong semua lapisan masyakarat menceburkan diri dalam permainan tradisional. Kempen-kempen dan pameran berkaitan dengan permainan tradisional juga boleh diadakan untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat moden sekarang. Justeru, terbuktilah bahawa kerajaan berperanan penting dalam usaha menyelamatkan tradisi dan warisan permainan tradisional kita.
   
Tambahan pula, masalah yang serius ini juga dapat diatasi dengan cara mengkormersialkan permainan tradisional. Langkah ini juga dapat ditingkatkan dengan bantuan media massa sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Permainan moden dan canggih sekarang yang mudah didapati di pasaran dan pusat-pusat hiburan merupakan faktor perdana yang mengambil hati masyarakat tempatan khususnya remaja masa ini. Dalam konteks ini, permainan tradisional juga boleh mengambil tempat di hati kalangan masyarakat jika permainan tradisional boleh disediakan di pusat-pusat hiburan atau dijual besar-besaran di kedai-kedai hiburan. Selain itu, permainan video berasaskan permainan tradisional juga boleh diusahakan bagi meningkatkan minat masyarakat terhadap permainan tradisional yang penuh cabaran ini. Pendek kata, usaha mengkormersialkan permainan tradisional dapat mengatasi masalah ini secara tidak langsung. mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda.Usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolahagar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional.Contoh permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek ataubermain sepak raga.

Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkahmewajibkan permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwaremaja kita. Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akanmenyertai satu permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal inidemikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarikperhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainantradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainantersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenalpermainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini. Olehitu, tindakan mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisionaldi sekolah berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yangpanjang.Selain itu, usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak KementerianKesenian, Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisionaldi peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepadasesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar sekolahuntuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikitsebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Langkah iniberupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang samamenggalakkan remaja meminati permainan ini.

Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program pelancongan tidak kenal maka tidak cinta dapat menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional.

 Berdasarkan isi-isi yang diutarakan, memang tidak dapat disangkal bahawa permainan tradisonal dapat mengekalkan budaya dan warisan tempatan. Oleh itu, saya berharap agar fenomena permainan tradisional yang kian dilupakan dalam kalangan masyarakat dapat diatasi. Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan permainan tradisional dapat diwarisi. Biar mati anak, jangan mati adat merupakan antara peribahasa Melayu yang paling sesuai dalam konteks ini. 

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisional merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal,
maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang
keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa
sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh,
permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenaplapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang
berfaedah.

No comments:

Post a Comment